Friday, February 4, 2011

Penanaman Sayuran: Penyemaian Biji Benih

Menyemai biji benih dalam kotak Semaian(Germinating Boxes)
Cara menyemai biji benih halus contoh: Tomato, cili dan terung.

Jika hanya sedikit sahaja biji benih yang hendak disemai, maka kotak-kotak semaian (cambahan) bolehlah digunakan. Pada kebiasaanya kotak-kotak kayu boleh dibina dengan ukuran lebih kurang 1 meter panjang,0.75 meter lebar dan 20-30 cm tinggi. Kotak-kotak semaian tersebut mestilah mempunyai lubang-lubang saliran untuk mengalirkan air yang berlebihan keluar dari kotak semaian tersebut.
Langkah-langkah Penyemaian:
1. Tutup lubang saliran dengan serpihan pasu atau batu kerikel.
2. Mengisi kotak semaian dengan campuran tanah yang mengandungi 2 bahagian tanah peroi, 1 bahagian bahan organik( tahi lembu reput) dan 1 bahagian pasir sungai. Kesemua bahan sebaik-baiknya hendaklah di tapis terlebih dahulu.
3. Padatkan campuran tanah dengan menekan dengan tangan atau menggunakan sekeping papan.
4.Siram keseluruhan campuran tanah secukupnya ( air mengalir dari lubang saliran)
5. Menyemai bijibenih dengan sekata. Bijibenih yang sangat halus boleh digaul dengan tanah peroi atau pasir kering .
6. Tutup bijibenih dengan lapisan tanah halus dengan sekata
7. Tutup kotak semaian dengan kertas surat khabar atau kepingan plastik untuk memelihara kelembapan tanah.
8. Penutup perlu diubah sebaik sahaja kebanyakkan bijibenih telah bercambah.
9. Siram sebanyak dua kali sehari . Dedahkan anak benih kepada cahaya.( jangan dedahkan pada cahaya matahari secara terus).
10. Apabila anak benih sudah mengeluarkan 2- 3 helai daun ( boleh dipegang) ia perlu diubah.
11. Gunakan sudu kecil atau sebatang kayu untuk mencungkil anak pokok bersama gumpalan tanah.
12, Ubahkan anak pokok ke dalam bag politina atau bekas yang sesuai. Padatkan anak benih dan siram.

No comments:

Post a Comment