Tuesday, February 8, 2011

Penanaman Sayuran (Vegetable Gardening)


Sayuran adalah pembekal utama nutrien yang sangat diperlukan untuk kesihatan .Sayuran merupakan punca utama vitamin, protein, dan garam mineral dan dimakan oleh hampir seluruh rakyat Malaysia. Penanaman sayuran adalah satu aktiviti yang baik dan diamalkan sejak dahulu lagi.Sayuran kebanyakkannya di tanam di desa-desa di merata-rata ceruk dan yang paling utama di Cameron Highland dimana iklimnya sangat sesuai untuk penanaman sayuran. Sebenarnya penanaman sayuran tidak memerlukan kawasan yang luas.Ia sesuai ditanam di sekeliling rumah, sekolah dan boleh ditanam di pelbagai bekas seperti pasu,polybag,tayar,gelung simen, baldi, tin dan sebagainya.  


 






Tanaman cili api dalam pasu tanah liat

Tanaman cili api dalam pasu plastik  

Tanaman kacang buncis dalam pasu tanah liat

Tanaman petola dalam pasu














Saturday, February 5, 2011

Tanaman Sayuran Dalam Bag Politien


Kailan dalam bag polibag

Selain  pasu plastik dan tanah liat sayuran juga boleh ditanam dalam bag politien bersaiz besar.
Tanaman labu air dalam bag polibag
 

Pelbagai jenis sayuran memanjat
 boleh ditanam dalam tayar terbuang.
Selain untuk dijadikan tukun tiruan,tayar buruk juga boleh dijadikan bekas untuk penanaman sayuran. Lebih menarik jika tayar-tayar tersebut dicat dengan pelbagai warna.
Berikut adalah tanaman sayuran yang ditanam dalam tayar - tayar terbuang.




Tanaman labu air dalam tayar

Friday, February 4, 2011

Penanaman Sayuran: Penyemaian Biji Benih

Menyemai biji benih dalam kotak Semaian(Germinating Boxes)
Cara menyemai biji benih halus contoh: Tomato, cili dan terung.

Jika hanya sedikit sahaja biji benih yang hendak disemai, maka kotak-kotak semaian (cambahan) bolehlah digunakan. Pada kebiasaanya kotak-kotak kayu boleh dibina dengan ukuran lebih kurang 1 meter panjang,0.75 meter lebar dan 20-30 cm tinggi. Kotak-kotak semaian tersebut mestilah mempunyai lubang-lubang saliran untuk mengalirkan air yang berlebihan keluar dari kotak semaian tersebut.
Langkah-langkah Penyemaian:
1. Tutup lubang saliran dengan serpihan pasu atau batu kerikel.
2. Mengisi kotak semaian dengan campuran tanah yang mengandungi 2 bahagian tanah peroi, 1 bahagian bahan organik( tahi lembu reput) dan 1 bahagian pasir sungai. Kesemua bahan sebaik-baiknya hendaklah di tapis terlebih dahulu.
3. Padatkan campuran tanah dengan menekan dengan tangan atau menggunakan sekeping papan.
4.Siram keseluruhan campuran tanah secukupnya ( air mengalir dari lubang saliran)
5. Menyemai bijibenih dengan sekata. Bijibenih yang sangat halus boleh digaul dengan tanah peroi atau pasir kering .
6. Tutup bijibenih dengan lapisan tanah halus dengan sekata
7. Tutup kotak semaian dengan kertas surat khabar atau kepingan plastik untuk memelihara kelembapan tanah.
8. Penutup perlu diubah sebaik sahaja kebanyakkan bijibenih telah bercambah.
9. Siram sebanyak dua kali sehari . Dedahkan anak benih kepada cahaya.( jangan dedahkan pada cahaya matahari secara terus).
10. Apabila anak benih sudah mengeluarkan 2- 3 helai daun ( boleh dipegang) ia perlu diubah.
11. Gunakan sudu kecil atau sebatang kayu untuk mencungkil anak pokok bersama gumpalan tanah.
12, Ubahkan anak pokok ke dalam bag politina atau bekas yang sesuai. Padatkan anak benih dan siram.